|
Hidup ini bagaikan satu perjalanan
Tuesday, November 23, 2010 | 11:11:00 PM | 0 comments
Perjalanan merentasi liku-liku kehidupan yang pendek dan sementara.. di penuhi dengan duri dan onak.. walaupun kita takut untuk merempuh segala liku-liku yang berlaku dihadapan kita dengan meredah segala duri dan onak di depan mata dengan tidak berlapikkan kaki hanya kulit sahaja tetapi kita tetap gagah walau kesakitan yang di alami seperti pisau yang tajam menghiris kaki kita sendiri.. ketika itu, kita tidak mampu melakukan apa-apa hanya mampu meneruskan langkah-langkah kesakitan kita yang hanya menemani kita adalah air mata yang mengalir di sebabkan terlalu pedih dan derita kesakitan itu..Di hadapan... Ketika meneruskan perjalanan yang sukar tiba-tiba terdampar cahaya yang terang.. terdengar bunyi hembusan ombak di pantai.. angin meniup sepoi-sepoi bahasa... terdengar kebisingan burung-burung di laut.. perjalanan di teruskan sehingga terdampar subuah keindahan..... bahagianya diri... gambaran pepasir di pantai yang terdampar kehalusannya mengubat penderitaan luka di kaki ini.. kesengsaraan yang melanda sepanjang perjalanan yang begitu pedih hati yang merintih kepedihan tiba-tiba terjumpa penawarnya. Dan sesungguhnya.. Setiap kedukaan yang melanda diri hanyalah sebuah ujian yang ada ertinya... Bahawasanya... Allah tidak akan mempersia-siakan hamba-hambaNya di muka bumi ini.. di sebalik apa yang terjadi kepada kita ada sesuatu yang ingin di sampaikan atau ada sesuatu pengajaran untuk kita jadikan sebagai bekalan untuk teruskan liku-liku kehidupan ini.. setiap yang mengalami penderitaan , kesedihan , kesengasaraan , kepiluan pasti akan berjumpa dengan cahaya kebahagian yang menjadi pelengkap kepada perjalanan hamba-hambaNya yang tabah... p/s : pesanan ini hanyalah untuk mengingatkan sahaja, saya pun hanya hambaNya yang sering melakukan kesilapan.. jangan ingat penderitaan , kesengasaraan , kesusahan , kepiluan , kesedihan yang kita alami adalah halangan untuk kita teruskan kehidupan.. mereka tersebut hadir dalam diri kita adalah untuk membimbing dan menyedarkan diri kita supaya lebih tabah dan cekal... dan janganlah ingat apa yang kita alami itu adalah teruk sentiasa ingat bahawa ada insan yang lebih sengsara daripada kitaa... SEKIANNN :) BY ZURAYEKYEK |