Bagi saya teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan saya ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.
Ramai yang menggunakan istilah teman untuk perhubungan mereka contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa?malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup.Kita tidak menggunakan istilah sahabat hidup dalam perhubungan antara suami isteri.Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis.Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan.Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama.
Setiap sahabat adalah teman tetapi setiap teman bukanlah sahabat.Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding teman ataupun kawan.Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini?Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat yang sejati ??
Saya berpandangan bahawa antara teman,kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan.Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan "teman","kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga istilah itu.