|
:: Coretan Hati ::
Wednesday, January 26, 2011 | 11:27:00 PM | 0 comments
assalamualaikum kepada pembaca semua . Coretan kali ini adalah untuk meluahkan dan berkongsi rintihan hati yang sedang aku alami . Coretan ini bukan untuk meminta sempati tetapi hanya untuk melega hati yang sedang keresahan . 27 Januari adalah tarikh ulangtahun kelahiran aku . Tidak sangka pula tarikh keramat ini yang membawa aku ke dunia yang nyata ini ada juga adalah tarikh keramat untuk insan yang pernah berada di hati ini . Walaupun aku tidak boleh menyambut bersama dengannya aku hanya mampu mengucapkan dari jauh sahaja . Tidak berdaya lagi untuk menatap mata yang indah itu walaupun keindahan itu bukanlah milik aku . Kehadirannya umpama angin.. Aku hanya dapat merasai kehadirannya tetapi aku tidak dapat memilikinya... Walaupun hanya seketika aku dapat bersamanya hanya secebis keindahan yang dapat aku ukirkan bersamanya walaupun secebis keindahan itulah yang akan kenang sampai bila-bila . Dirinya tetap menjadi hak orang . Aku tetap hidup bersendirian bersama insan-insan di sekeliling aku . Setiap senyuman yang terukir di bibirnya adalah keceriaan untuk ku . Walaupun aku tidak dapat melihat senyuman itu tetapi aku dapat merasakannya yang kini dia dalam kebahagian . Setiap malam aku merindui dirinya walaupun ada yang cuba membuka pintu hati ini tetapi sayang aku tetap tidak boleh menerima kerana cinta dan sayang aku terhadapnya masih kuat walaupun aku bari di kecewakan oleh sahabat lama tapi aku tidak merasa perit seperti mana aku merasa perit di tinggalkan olehnya . Dialah lelaki yang membuka pintu hati aku selepas aku di kecewakan dahulu tetapi..... Kebahagiaan bersamanya hanya seketika sahaja aku rasai dan datang semula kesedihan yang sering membelenggu jiwa ini ..... Kini dan selamanya biarlah dirinya tiada haty seorang wanita jika ada haty ini sering di sakiti oleh manusia yang bernama lelaki . Cukuplah penderitaan dan kesengsaraan yang penah aku lalui hanya di ketahui oleh sahabat baik ku . Aku mendoakan agar dirinya bahagia dunia dan akhirat serta di lindungi oleh Allah swt . Kebahagiaan yang dia rasai kini akan kekal selamanya . Cinta tidak semestinya memiliki . Jika cinta itu amat berharga dan sukar untuk di miliki terbangkanlah cinta itu biar cinta itu bebas terbang dan hinggap pada dahan yang cinta itu sukai . Keredhaan itu lebih baik daripada kita memaksanya menerima kita . Setiap doa yang kita pinta selitkan namanya agar dia merasai kebahagiaan yang dia cari... Hanya satu aku nak ucap SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN wakk !! :) |