|
Monday, March 26, 2012 | 10:09:00 PM | 0 comments
Haaiii semua ! Hari nie jari jemari rajin untuk menaipSaje ingin mengingatkan kepada semua Just nak kongsi untuk semua :) Jangan sentuh hati die kalau anda tidak ikhlas Jangan luah perasaan cinta jika anda tidak bersedia Jangan pimpin dirinya jika anda tidak mampu Jangan berkata-kata jika anda tidak mampu tunaikannya Hati manusia sangat berharga Perasaan manusia sangat tulus Jangan pernah mempermainkannya Kerana ia suatu kesilapan besar yang akan anda ingat sampai bila-bila Tolak cintanya jika tidak mampu memikul Tepis tangannya jika tidak mampu membimbing Berkata dengan berhati-hati jika tidak inginkan dirinya Jangan pernah berkasar kerana ia akan membuatkan hatinya terluka Sakiti hatinya umpama anda menyakiti diri anda sendiri Khianati dirinya umpama anda khianati keluarga sendiri Hargailah dirinya bagaimana anda hargai diri anda sendiri Sayangilah dirinya bagaimana anda menyayangi ibubapa anda sendiri Yang lepas jangan di kenang Yang lepas di jadikan pengajaran Yang lepas di jadikan kekuatan Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya Semua yang terjadi sudah tertulis oleh Allah Sebagai manusia kita hendaklah tabah dan redha menghadapi segalanya Jangan pernah menyesali dengan setiap yang berlaku Kejadian tersebut membuatkan kita lebih matang dan tabah Berdoalah agar mendapat sesuatu yang baik suatu hari nanti :) |